Skuad memalukan Jerman tiba di tanah air

Pasukan kebangsaan Jerman yang bernasib malang tiba di tanah air, hari ini selepas tersingkir seawal peringkat kumpulan sekali gus menyebabkan seluruh negara meratapi keputusan itu serta menimbulkan tanda tanya mengenai kedudukan Joachim Loew.

Skuad memalukan Jerman tiba di tanah air
Skuad memalukan Jerman tiba di tanah air

Juara empat kali itu tiba di Lapangan Terbang Frankfurt jam 3 petang waktu tempatan, sehari selepas diaibkan Korea Selatan 2-0 pada aksi di Arena Kazan yang menyingkirkan mereka daripada kejohanan di Russia itu.

Menerusi akaun Twitter, skuad Die Mannschaft itu memohon maaf kepada seluruh penyokong pasukan itu masih lagi bersedih atas penyingkiran pasukan itu.

“Kepada penyokong, kami juga kecewa sama seperti anda. Kami memohon maaf kerana tidak beraksi seperti juara dunia.

“Sebab itu kami berhak tersingkir dan ini hakikat yang begitu pedih.”

Pemain pertahanan, Mats Hummels turut melahirkan rasa kekesalannya menerusi tweet ‘maaf..’ yang disertakan dengan emotikon menangis.

Media Jerman menyelar pencapaian buruk pasukan kebangsaan mereka pada kempen kali ini yang menyaksikan mereka gagal melepasi peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 1938.

“Tiada apa yang mampu diungkapkan!,” kata akhbar harian Bild, yang turut mempamerkan wajah suram Toni Kroos.

Tajuk utama sama pernah digunakan empat tahun lalu apabila Jerman membelasah Brazil 7-1 pada kempen Piala Dunia di Rio namun kali ini Jerman terpaksa menelan keputusan yang sukar dipercayai itu.

Persembahan hambar di Russia nyata menimbulkan kemarahan dengan pengulas mendesak perubahan lebih radikal dilaksanakan dalam bola sepak negara itu.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here